Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha pengasih...
Syukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam hingga ke hari ini.
Sengaja aku tulis blog ini bagi memaparkan perjalanan dan sebagai ingatan agar aku terus istiqamah untuk mengusahakan tanah aku (tanah mak aku sebenarnye) yang sekangkang kera ni. Aku tergerak hati untuk mengusahakan tanah ni pun sebab teruja membaca pengalaman orang lain mengusahakan tanah melalui blog2. Mana tahu, esok ada hamba Allah lain yg membaca blog ni, tergerak hati nk mengusahakan tanah terbiar.
Hah... ini la rupa tanah yang bakal aku usahakan. Hutan belukar. Sayang tak di usahakan. Dengan slumber aku habiskan duit bonus aku nk bersihkan tanah ni (huhuhu...barai poket). Selepas di kaji2, di timbang baik buruknya, aku ambil keputusan untuk tanam tebu. Dekat sebulan juga baru settle bersihkan tanah. Haaa... ni la hasilnya. Lepas bersihkan lagi sikit2, boleh la start tanam.






No comments:
Post a Comment