Wednesday, 14 May 2014

Makhluk tak di undang

Alhamdulillah...berenang-renang keratan batang, masih mengeluarkan anak benih. Haish... banyak pula ranting2 kayu hanyut. Mase membaja nnati aje la aku kemas balik kebun ni.
Yang ni ramai betul
Yang ni siap berenang2 lagi





Tapi jalan2 melawat tiap anak benih, jumpa keratan batang yang kene baham. Adeh... ade pula haiwan tak di undang.
Biar batang dah kene kokak, anak benih tu tetap teguh meneruskan kehidupan.

Selepas pegawai forensik menggeledak tempat kejadian, tapak kaki suspek di temui. Alahai babi.... Kena cari jalan ni untuk membendung "abang kawasan" ni semakin berleluasa.
Ade orang kata, minyak kibas boleh menghalau "abang kawasan" ni. Kita cuba je dulu. Kalau berhasil, nanti teman update ye... Malas la nak guna petua rambut. Esok hujan, habis semua rambut hanyut.



Sunday, 4 May 2014

Pengembaraan Bermula

Ewah...macam novel pengembaraan remaja pulak. Yaa..akhirnya kerja melubang dan menanam keratan anak benih bermula. Dah start beberapa hari lepas, tk sempat nak update. Maklum la, duduk kat hulu mane tah...

Berbekalkan kata2 "Pertanian adalah seni", aku tak peduli ape orang nk kata, apa orang nak komen. Tanpa bajak tanah, aku buat je lubang dalam sekaki dan terus tanam benih.

Sebelum tu, benih2 tu aku rendam dalam larutan benomyl & carbofuran. Ini untuk mengelakkan benih terkena jangkitan kulat dan serangan serangga especially anai2. Hah.. ni contoh carbofuran. kalau korang banyak duit, beli la brand Furadan tu. Harga dh naik oooo... RM 38 /4kg. Kalau nak murah, beli aje la brand Kenfuran tu. Baru RM 25/4kg. kalau pandai cari RM 20 sepeket boleh dapat. Lepas tanam benih, tabur la carbofuran keliling anak benih tu. Yang 3G ni tak berapa kuat. Ada 5G, tp harga pun lagi mahal la.




Langit tak selalu cerah. sekarang ni tiap petang mesti hujan. Hujan rahmat. Haha...mandi hujan la. Dah lama tak mandi hujan. Adik2 yang mithali kene la tolong abang. Nanti Along belanja makan ye.



Tapi...Waduh... gundah juga hati ni tengok anak2 benih ni tenggelam. Aku beranggapan diorang tengah berenang2 je ni. Harap2 hidup la korang. Carbofuran yang aku tabur pun dh terapung2. Esok aku tabur balik la. Haaisshhh....