Monday, 15 December 2014

Ulat korek batang

Lama tak update. Tuntutan kerja yang banyak + pindah rumah + tak ada internet.
Just nak update bulan Oktober lepas, kebun kene serang dengan ulat pengorek batang.
Sabar aje la.

Jika ikut jadual penaburan Carbofuran (orang panggil Furadan) setiap 3 bulan. Masuk bulan ke-5 tebu-tebu dah kene serang. Selepas ini perlu tukar jadual tabur Carbofuran 2 bulan sekali la. Kos lagi.


 Apa boleh buat, yang mana dah kena korek tu kena buang la. Huhuhu... Mana-mana batang yang di buang terus di bakar. Terus tabur Carbufuran and sembur racun satu kebun. Adeh...sengal pinggang.

Wednesday, 14 May 2014

Makhluk tak di undang

Alhamdulillah...berenang-renang keratan batang, masih mengeluarkan anak benih. Haish... banyak pula ranting2 kayu hanyut. Mase membaja nnati aje la aku kemas balik kebun ni.
Yang ni ramai betul
Yang ni siap berenang2 lagi





Tapi jalan2 melawat tiap anak benih, jumpa keratan batang yang kene baham. Adeh... ade pula haiwan tak di undang.
Biar batang dah kene kokak, anak benih tu tetap teguh meneruskan kehidupan.

Selepas pegawai forensik menggeledak tempat kejadian, tapak kaki suspek di temui. Alahai babi.... Kena cari jalan ni untuk membendung "abang kawasan" ni semakin berleluasa.
Ade orang kata, minyak kibas boleh menghalau "abang kawasan" ni. Kita cuba je dulu. Kalau berhasil, nanti teman update ye... Malas la nak guna petua rambut. Esok hujan, habis semua rambut hanyut.



Sunday, 4 May 2014

Pengembaraan Bermula

Ewah...macam novel pengembaraan remaja pulak. Yaa..akhirnya kerja melubang dan menanam keratan anak benih bermula. Dah start beberapa hari lepas, tk sempat nak update. Maklum la, duduk kat hulu mane tah...

Berbekalkan kata2 "Pertanian adalah seni", aku tak peduli ape orang nk kata, apa orang nak komen. Tanpa bajak tanah, aku buat je lubang dalam sekaki dan terus tanam benih.

Sebelum tu, benih2 tu aku rendam dalam larutan benomyl & carbofuran. Ini untuk mengelakkan benih terkena jangkitan kulat dan serangan serangga especially anai2. Hah.. ni contoh carbofuran. kalau korang banyak duit, beli la brand Furadan tu. Harga dh naik oooo... RM 38 /4kg. Kalau nak murah, beli aje la brand Kenfuran tu. Baru RM 25/4kg. kalau pandai cari RM 20 sepeket boleh dapat. Lepas tanam benih, tabur la carbofuran keliling anak benih tu. Yang 3G ni tak berapa kuat. Ada 5G, tp harga pun lagi mahal la.




Langit tak selalu cerah. sekarang ni tiap petang mesti hujan. Hujan rahmat. Haha...mandi hujan la. Dah lama tak mandi hujan. Adik2 yang mithali kene la tolong abang. Nanti Along belanja makan ye.



Tapi...Waduh... gundah juga hati ni tengok anak2 benih ni tenggelam. Aku beranggapan diorang tengah berenang2 je ni. Harap2 hidup la korang. Carbofuran yang aku tabur pun dh terapung2. Esok aku tabur balik la. Haaisshhh....




Sunday, 27 April 2014

Office Baru


Baju Kerja
Kasut Kerja
Perfume

Owh...Yeah.... Minggu ni aku masuk office baru. Selama hari ini, kerja duduk depan PC aje. Office berhawa dingin. Hanya tangan & jari sahaja yang bergerak.


Office Baru
Ya...Office baru ni lebih mencabar. Memerlukan tulang empat kerat aku bergerak kesemuanya. Kerja-kerja melubang bermula. Ayuh...

Friday, 25 April 2014

Tanah Oh Tanah

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha pengasih...
Syukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam hingga ke hari ini.

Sengaja aku tulis blog ini bagi memaparkan perjalanan dan sebagai ingatan agar aku terus istiqamah untuk mengusahakan tanah aku (tanah mak aku sebenarnye) yang sekangkang kera ni. Aku tergerak hati untuk mengusahakan tanah ni pun sebab teruja membaca pengalaman orang lain mengusahakan tanah melalui blog2. Mana tahu, esok ada hamba Allah lain yg membaca blog ni, tergerak hati nk mengusahakan tanah terbiar.




Hah... ini la rupa tanah yang bakal aku usahakan. Hutan belukar. Sayang tak di usahakan. Dengan slumber aku habiskan duit bonus aku nk bersihkan tanah ni (huhuhu...barai poket). Selepas di kaji2, di timbang baik buruknya, aku ambil keputusan untuk tanam tebu. Dekat sebulan juga baru settle bersihkan tanah. Haaa... ni la hasilnya. Lepas bersihkan lagi sikit2, boleh la start tanam.